Wanita Tekhnologi
Bersempena dengan kedatangan HARI IBU yang akan disambut pada 13 Mei 2007 peringkat kebangsaan dan 15 Mei 2007 peringkat antarabangsa, ahli WANGI dan sesiapa sahaja yang sudi melayari laman web kami, dialu-alukan menyampaikan ucapan kasih dan sayang kepada ibu masing-masing, tak kiralah ibu kandung, ibu mertua, ibu angkat dsb. ke laman web WANGI samada yang masih hidup atau yang telah pergi menyambut seruan Illahi. Siapalah kita sekarang jika tidak ibu yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan.
Emak
Matahari berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya!…
Kerna apa tanyaku?
Jawabnya…
Kerna dia hanya menerangi dunia ini
Pada kesiangan saja
Tapi emak menerangi hidup anak-anak
Sepanjang masa, menembusi ruang kehidupan ini
Sepanjanag zaman…
Emak
Pepohon yang rendang berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya!…
Kerna apa tanyaku?
Jawabnya?…
Kerna dia hanya meredupkan kehangatan
Insan yang berteduh di bawah pepohonnya
Tapi emak meredupkan kehangatan
Hidup yang penuh pancaroba
Meredakan kekusutan hati dan anak anak-anak yang emak kasehi
Emak
Emas dan batu permata berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya!…
Kerna apa tanyaku?
Kerna ia hanya lambang kekayaan
Lambang kemewahan
Tapi emak adalah lambang kasih
Lambang sayang
Lambang cinta
Lambang kemuliaan
Lambang pengorbanan sejati anak-anakmu
Emak
Manis gula dan masinnya garam berbisik padaku…
Emak lebih mulia darinya!…
Kerna apa tanyaku?
Jawabnya…
Kerna dia hanya menambah nikmat sesuap makanan
Dan lazat secangkir minuman
Tapi emak mampu menawarkan bisa kedukaan dan penderitaan
Melazatkan keriangan dan menambah kecintaan
Kepada kehidupan anak-anak yang emak kasehi
Setiap masa dan ketika sampai bila-bila…
Emak
Angin yang bertiup berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya!…
Kerana apa tanyaku?
Jawabnya…
Kerna dia tidak mampu sepanjang masa bertiup perlahan
Bagi menenangkan keadaan
Kerna ada waktunya ia menjadi badai dan taufan
Merobek kesejahteraan dan kebahagiaan insan
Tapi emak sepanjang masa meleraikan kekusutan
Menenangkan jiwa anak-anakmu
Sesepoi bahasa bayu, menyemai rasa cinta dan saying sejati anak-anakmu…
Emak…
Mulia dirimu…
Membenarkan kata-kata
Syurga itu di telapak kaki ibu…